Saturday, January 30, 2010

Tuesday, January 19, 2010

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

J=mc*

Abstrak/Pengenalan
Wanita A- wanita yang menutup aurat dengan betul
Wanita B- wanita yang menutup aurat kurang sempurna
Wanita C- wanita yang mendedahkan aurat

Tujuan
Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis
Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi.

Pembolehubah manipulasi
c= keupayaan suatu objek menerima kuantiti suhu dalam suatu masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Konsep aurat ada kaitan dengan suhu. Ramai membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas.

Pembolehubah malar
m= jisim objek yang menerima perubahan suhu. Jisim, bentuk badan, bangsa, agama dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga wanita adalah sama.
* atau perubahan suhu adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam dimana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid, nifas, menopaus dan persekitaran.

Pembolehubah bergerak balas
J= kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah
1) Melalui pemerhatian terhadap perubahan personaliti.
2) Bertanya dengan berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Ekaperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki :
Lelaki A- lelaki yang menutup aurat dengan baik
Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian
1) Wanita A kelihatan humble, tenang, ceria, lembut, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.
2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria tetapi kadangkala kelihatan risau. Ada masanya terlepas kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal.
3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, over excited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.
4) Lelaki A kelihatan normal tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan
Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi :

J=mc*

Oleh itu hipotesis diterima...

Tuesday, January 12, 2010

Wahai Sahabat

Suatu masa dulu
Tanah ini adalah pembentuk peribadi jati diri
Sahsiah & budi pekerti
Tapi kini ...
Semakin bertambahnya kemajuan material
Makin runtuh maruah dan harga diri
Kalau dulu tak kenal erti cinta
Sekarang bukan sahaja kenal
Malah terlalu mendalaminya dan terbelai
Halal haram dilupakan
Bertudung atau tidak sama sahaja
Songkok kopiah sekadar perhiasan
Mana sudah hilangnya nilai seorang Islam??!
"50-50lah! Ibadah buat, enjoy pun kena
jugak!"
Kalau begini... mungkin kalian bersedia...
Sebelah kaki di syurga
Sebelah lagi di neraka
Ingatlah sahabat!
Hari pembalasan itu pasti tiba??!

Thursday, January 7, 2010

TENTANG WAKTU

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktubuntuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah jalan muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

ADAKAH ANDA MENGGUNAKAN WAKTU SEBAIK-BAIKNYA ????????????