Tuesday, January 12, 2010

Wahai Sahabat

Suatu masa dulu
Tanah ini adalah pembentuk peribadi jati diri
Sahsiah & budi pekerti
Tapi kini ...
Semakin bertambahnya kemajuan material
Makin runtuh maruah dan harga diri
Kalau dulu tak kenal erti cinta
Sekarang bukan sahaja kenal
Malah terlalu mendalaminya dan terbelai
Halal haram dilupakan
Bertudung atau tidak sama sahaja
Songkok kopiah sekadar perhiasan
Mana sudah hilangnya nilai seorang Islam??!
"50-50lah! Ibadah buat, enjoy pun kena
jugak!"
Kalau begini... mungkin kalian bersedia...
Sebelah kaki di syurga
Sebelah lagi di neraka
Ingatlah sahabat!
Hari pembalasan itu pasti tiba??!

0 comments: